MY FASHION MY BUSINESS

MY FASHION MY BUSINESS

PENYATUAN DUA HATI

Daisypath Friendship tickers

NUR AUNI ZAHRA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Followers

Tuesday, April 30, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA


Assalamualaikum..

Yeay..Esok kita cuti.......mau rehat je esok..sebabnya en.suami keja..kalau tak, memang aku ajak keluar dah..;)





Monday, April 29, 2013

KERABU SOTONG


Assalamualaikum...

Semalam aku berbuka puasa dengan kerabu sotong...fuhhh terliur weh, dahla arini aku marathon puasa lagi..

Penat cari idea nak masak ape semalam..last2 aku singgah kedai beli sotong dan ikan..Balik tengok en.suami dah siap masak nasi dan juga goreng ayam..So, aku simpan je ikan dulu dan sotong aku buat kerabu..



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
sotong
tomato
cili padi
daun sup
serai
bawang
asam limau
asam jawa (aku tambah)
garam dan gula untuk perasa

Cara-caranya:
Rebus sekejap sotong..kemudian campur kesemua bahan diatas..pastu korang rasala..tak cukup kat mana, korang tambahla k..aku main campak2 je..aku suka masam2 sikit, baru sedap..;) 

SELAMAT MENCUBA


Sunday, April 28, 2013

MAKAN ANGIN DI BUKIT TINGGI PAHANG


 Assalamualaikum..

Sabtu lepas, ktorg ke Bukit Tinggi Pahang..Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku bergambar di depan bangunan Colmar Tropicale..haha..itu je motipnya yang sebenarnya..tapi best juga dapat jalan-jalan kat sana..sesekalai menghirup udara yang segar lagi nyaman..

Sebelum bertolak, aku dah siap masak bawak bekal lagi tau..Bukan apa, senang kalau-kalau Auni lapar nanti..Nak berhenti kat mana-mana pun senang..

Perjalanan hanya ambil masa lebih kurang 1jam lebih sahaja..oh, tidaklah jauh sangat..;)
Nak masuk ke sana, kita akan dikenakan bayaran iaitu adult Rm12 dan childre Rm8..

 Ada 2 Tempat yang boleh kita lawati iaitu Japanese House dan juga Colmar Tropicale..First ktorg ke Japanese House dulu.


 

Sampai di kawasan Japanese House, ktorg isi perut dulu dengan bekalan yang aku bawak dari rumah iaitu Nasi Kuning, Ayam Goreng, Sambal Sotong, Telur Rebus dan juga Ikan Bilis..

Alhamdulillah, dapat juga buat alas perut sebelum mendaki tangga kejap lagi..


  Ini tangga yang akan kita daki..Bagi yang bawa anak kecik, memang letih nak mendukung.



 
 Ini dah sampai di atas..Signboard kat atas menunjukkan ade 2 jalan iaitu kanan ke Botanical Garden manakala kiri ke Japanese Tea House.




 


 
 Botanical Garden.


 Lepas ke Botanical Garden ktorang ke Japanese Tea House pulak..fuhh penat dan berpeluh-peluh ok..amat sesuai bagi orang nak kuruskan badan macam laki aku..


 


 




 


 



 Cantik sangat Japanese House ni..Suasana memang seperti di perkampungan Jepun yang jauh dari hiruk-pikuk kota..Udara nyaman dan segar..


 Dah penat bergambar dan meredah kawasan perkampungan Jepun kat Japanese House ini, kami pun bertolak pula ke Colmar Tropicale..




  Akhirnya, dapat juga aku bergambar di sini..;p


 


 


 


 


 
 Cian en.suami penat mendukung ini budak..Ciap dapat aiskrim mahal lagi budak ni tau..Cornetto kat sini Rm5..mahal kan..nasibla sorang je..


 Auni makan ais-krim mahal..


 FYI makanan kat sini memang mahal..bagi yang ada anak kecik tu, better bawa bekal atau makan siap2 dulu kat luar sebelum masuk ke sini..Tengokla itu, air tin pun mahal berkali2 ganda..




 


 Bakat Auni berposing juga telah tercungkil di sini..ade je gaya posing yang die buat..Jom layan si model cilik Auni Zahra ini..;)


 
























 

Ingat nak bermalam kat sana, tapi memandangkan dah jelajah semua dalam 1 hari tu maka tak jadilah nak bermalam kat sana..

Kalau dah kaki jalan, mane puas selagi tak malam kan..Jom kita ke Sogo plak..hehehe..


 p/s: next time kita ke Genting plak ye..


Thursday, April 25, 2013

ALHAMDULILLAH, TERTUNAI SUDAH NIATKU INI.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..betol apa yang dikata..Kalau NIAT kita baik, In Shaa Allah Tuhan akan permudahkan..Amin..

Sebenarnya niat ni dah lama tapi cuma tak berkesempatan je sebab memerlukan wang juga untuk tunaikan hasrat ini..Now bila dah ada saving sikit, dan harga emas pun tengah turun, aku terus decided nak belikan rantai tangan untuk mak pada waktu sekarang ni..Lagi pula besday mak pun bulan ni juga iaitu pada 17 April yang lalu..kira ini hadiah ssempena besday mak juga la..;)

Aku pun terus wechat adik aku bagitahu niat aku itu..Aku minta tolong adik aku untuk bawa mak ke Kedai Emas di Kedah bagi membolehkan mak memilih sendiri design yang die berkenan..

Mula2 mak tak setuju..Mak suruh aku simpan je duit itu buat masuk rumah nanti..Tapi aku bagitahu mak yang aku sudah berniat untuk menghadiahkan rantai tangan buat mak..lagipun niat ni dah lama cuma aku belum cukup duit..

Alhamdulillah, akhirnya mak setuju..Mak juga sudah pilih yang die berkenan..

Maka inilah design yang mak amek tu..mungkin design ni dah lama..tapi bagi mak, ia tidak telan dek zaman..sesuailah dengan mak yang sudah meningkat umurnya...;)


 


p/s: harap mak gembira atas hadiah yang tidak seberapa dariku ini..;)


Tuesday, April 23, 2013

BLING-BLING


Assalamualaikum...

Harini nak update story sikit..senyum sampai telinga uols..nak tahu sebab ape..kalau tak nak tahu pun aku nak cite jugak kat sini..hehe

Actually, aku dah dapat ape yang diidamkan..cer teka, cer teka benda ape..

jeng 











jeng











jeng



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



tadaaaaaaa

 
 ni lah die..rantai tangan gantung2..


Alhamdulillah, syukur sangat..dapat jugak aku rembat di saat-saat harga macam dah nak naik..Kalau ikutkan harga semalam dah RM160 segram tapi kedai yang aku g ni masih lagi jual RM155..

Makanya, terusla buat pilihan yang mana berkenan di hati kan..Ade 2 pilihan jugak tapi en.suami suka yang ini..Isteri solehah kan kena dengar cakap suami..;)

Bab memilih memang kena ikut bajetla..Cari berat yang setanding dengan bajet..Tapi macam aku lebih sikit takpe berat tu sebab nanti mesti kena potong..Al maklumlah tangan I ni kan COMEL..(baca dengan mata kat atas dan tangan kat bahu).

Tangan aku ni sebenarnya muat-muat rantai tangan budak..Boleh je nak amek yang tu dan tak payah nak potong-potong lagi..Tapi design untuk budak tak banyak..

Bila dah siap potong, harga pun berkurang hampir RM300-400..(En.suami, sila bersyukur dapat bini tangan kecik ni k).. ;p







 


Masa dah siap bayar suma, dapatla beg sebagai cenderahati kan..Auni pun dapat jugak beg kecik..Tapi yang bestnye lagi, Auni bukan saje dapat beg malah die dapat RM10 tau..

Tuan kedai emas tu sedekat kat Auni..Alhamdulillah, murah rezeki kami dan juga mereka..Amin

Dahla upah pun die amek tak banyak, ni siap bagi sedekah lagi..Baik kan tuan kedai tu..Kalau ade rezeki lebih lagi nanti bolehla berkunjung ke kedai itu lagi..Tambahan pula tuan kedai tu sekampung dengan en.suami..;)

Ni alamat kedai tu..kalau nak murah, ley ajak aku g k..;)


Miezza Jewellery Sdn. Bhd



Tingkat Bawah Kompleks PKNS, No. 82 & 83, 40000, Shah Alam, Selangor
 
Tel 03-5511 1111
Fax 03-5511 3333 



p/s: Syukur kepadaMu Ya ALLAh dikurniakan rezeki dan suami yang penyayang.





JOM MASAK


 Assalamualaikum...

Aku ni tak bape reti nak masak sangat tapi aku suka jugakla mencuba..Nak tahu time bile aku rajin masak?..Ha, time aku lapo la..bila aku lapo dan tak ade keja aku nak buat, aku akan google cari resepi yang ikut tekak aku masa tu..dan yang paling penting jugak, bahan2 nak masak tu dah ade kat rumah..So, aku xperlu la nak keluar beli barang lagi..sebabnya kalau aku keluar beli barang dan perut pun tengah lapo, mesti aku tak jadi masak..yela, dah alang2 keluar, beli je la ape yang orang jual kat tepi jalan tu..haha

Tapi tak jugak tau..kalau aku betol2 dah ade plan nak masak ape, aku akan cari barang siap2..kalau time rajin, memang dalam satu hari aku boleh masak macam2..tengahri tu dah makan nasi, aku akan godek2 resepi buat kek ke ape petang tu plak..rajin tak, rajin tak..hahaha

Jom tengok ape yang aku penah masak..ni mane yg sempat aku snap je tau..kang nanti korang ingat aku ni amsak benda yang sama kat bawah ni je...hehe


bihun sup utara habaq kat hang..sambal dia lain sikit tau.


masak lemak daging salai..1st time aku buat ni..yangbestnya, en.suami puji..;)


donut untuk minum petang


kari sotong, ayam goreng dan sayur kubis goreng




nasi ayam


ayam goreng berempah dan kailan ikan masin


pavlova untuk suami balik dari keja


kek oreo..sedap tau


ini febret en.suami..nasi kuning, sambal tumis sotong, ayam goreng berempah dan telur rebus..penah satu hari tu, suami kat tempat keja call bagitahu nak makan nasi kuning..die cakap tengah belek2 FB pastu nampak pic ni yang aku upload dalam instagram..terliur terus..hehehe


bingka crackers..guna biskut cream crackers lemak manis tapi masa tu kat auma takde stok crackers lemak manis, so aku bedal crackers gula..


tomyam steamboat for dinner


 pizza dan spagheti


 
 pizza lagi...;)


 siakap masak steam


 mee kuah


 gulai ikan temenung bak orang kedah kata


 kari udang dengan kacang buncis


 sotong goreng tepung


 macaroni goreng


 laksa utara..utara lagi..ha, nama pun orang utara kan..haruslah masak masakan utara.


 butter prawn..my febret


 biskut kismis..buat ni di kala perut tengah lapar di waktu petang yang hujan..hehehe


 ini memang febret suami isteri la..sambal belacan..suka buat lebih dan simpan dalam peti..kalau nak rasa, maila rumah..nyum nyum..;)


oreo cheese cake..


p/s: aku tak rajin masak tapi suka mencuba..;)