MY FASHION MY BUSINESS

MY FASHION MY BUSINESS

PENYATUAN DUA HATI

Daisypath Friendship tickers

NUR AUNI ZAHRA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Followers

Tuesday, May 28, 2013

KEJUTAN BERBALAS BALIK


Assalamualaikum..

Tak disangka-sangka, kejutan yang aku buat untuk suami berbalas balik kepada aku..Actually, aku tak ade la berharap ape dari suami sebab aku tahu suami tak kan bagi ape kat aku..Yela sepanjang aku kenal die, die tak pandai nak belikan pape kat aku sebabnya die tak pandai nak memilih dan tak tahu benda itu buat aku suka atau tidak.

Cuma penah sekali je masa bercinta dulu die belikan aku purse sempena besday aku..itu pun, tak berbalut..masih dok dalam plastik Jusco lagi..hehe..apapun aku bersyukur sebab ape je yang aku nak, die akan cuba tunaikan walaupun bukan secara kejutan..

Tapi tidak kali ini kerana dia telah membuat kejutan buat aku, yang memang aku tak terfikir pun..

Selepas amek aku dari ofis petang semalam, aku ingat en.suami nak bawak aku g makan..tapi die ajak balik dulu..Alasannya sebab Auni berak..ok, aku pun ikut je sebab bolehla aku salin pakaian dulu..takdela nak pakai baju kurung ni sampai ke malam kan..

Sesampai je kat rumah, bukak je pintu aku tengok kipas tak tutup..aku mula la nak marah..tapi bile aku nak letak barang atas meja, aku nampak ade sejambak bunga ros merah...wahhhh terkejut berukla aku..terus menitik air mata aku ni..Tak disangka yang suami aku ni romantik jugak..hehe












PAstu aku terus terduduk kat atas sofa..aku tunggu en.suami masuk..die pandang muka aku, aku da start nangis dah..then terus aku g peluk en.suami dan ucapkan terima kasih..

Bermulala babak menangis dan sesi meluahkan perasaan disitu..Auni pun nangis sebab nampak aku nangis dak mintak nak didukung sebab jeles tengok ayahnya peluk ibu..;)



p/s: TQSM sayang sebab buat kejutan ini..
Last dapat sejambak bunga ros dari en.suami masa konvo dulu je..;)



No comments:

Post a Comment