Semalam aku g checkup untuk kali yang ke 12...aku lgsg tidak mengetahui jantina anak ku yang bakal lahir ini..tp smlm checkup, aku tergerak hati untuk bertanya tentang jantina bayi di dalam kandunganku ini.. dengan selambanya doktor menjawab perempuan.. tp bg mengesahkan lg jantina bayi ku ini, maka tunggula sehingga kelahirannya nnt..;) InsyaAllah.. aku tidak mahu terlalu berharap kerana ramai yang menjangkakan bayiku ini lelaki berdasarkan keadaan perutku yang bulat seperti bola...hehehe...
Tp apapn, aku dan suami tidak kisah tentang jantinanya.. yang diharapkan adalah semoga aku selamat bersalin dan bayiku sihat serta sempurna sifat2 nya..
Alhmdlh, kepala bayiku juga sudah separuh telah memasuki laluannya... Air ketuban juga mencukupi... Lega hati aku apabila kenyataan itu keluar dari mulut doktor.. Mudah-mudahan semuanya selamat...InsyaAllah.......Amin...
No comments:
Post a Comment