MY FASHION MY BUSINESS

MY FASHION MY BUSINESS

PENYATUAN DUA HATI

Daisypath Friendship tickers

NUR AUNI ZAHRA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Followers

Tuesday, September 23, 2014

PERCUTIAN KE HONG KONG -(PART 2) MADAME TUSSAUDS

Assalamualaikum..

04-09-14
Selesai  checkin, solat dan rehat...kami di bawa ke The Peak dan Madamme Tussauds..
Cuaca agak mendung kerana baru lepas hujan..



Kami dibawa naik tren..keadaannya bukan macam tren biasa..ini kerana kita naik tren secara mendaki bukit..pemandangan sangatlah cantik..dapat melihat pemandangan Hong Kong..

pemandangan dari dalam tren.

sampai sahaja di atas, kami melihat artis yang telah 'disumpah' menjadi patung lilin..iaitu ke Madame Tussauds.. 




















 oh kanda...ala xsampai pulak kepala nak landing kat bahu die..


ko tengok tu..laki aku balas dendam..siap letak tangan kat bahu Lady Diana..








with Albert Einstein





ish..tak senonoh betul..


bersama William Shakespeare








jom menari dengan Madonna..





Becham jom ikut I balik Msia...hehehe


eiiii...gatal!



















banyak lagi pic dalam kamera tak transfer lagi..ni semua dalam iphone n ipad..
tak dan lagi nk transfer masuk laptop..hehehe


Thursday, September 18, 2014

PERCUTIAN KE HONG KONG (PART 1) 4-6 SEPT 2014


Assalamualaikum..

Dah lama tak update pape kt blog..
Sangat2 bz sejak kebelakangan ini.. Mula dari sebelum puasa, puasa sampai lepas raya sibuknya mengalahkan PM..hehehe

Actually aku baru lepas pindah rumah..so sangat sibuk uruskan hal2 reno rumah yang terseberapa itu..alhamdulillah sekarang dah tinggal di rumah baru...

Pas pindah rumah, terus fly ke Hong Kong..dapat free trip dari Sophie Paris atas Pencapaian dalam Sophie Leader Club (SLC) yang lalu..

Aku dapat free 2 tiket, so setelah puas berfikir akhirnya aku dan suami sahaja yang pergi..ini kerana tambahan tiket untuk Auni agak mahal juga..yela kami pun sudah kekurangan ongkos..maklumlah dah banyak habis reno rumah..

Mak ayah dan adik bongsu aku datang dari kampung jaga auni Auni..sedih tak tahu nk cakap tinggal Auni..yela tak pernah lagi pergi berjalan berdua saja tanpa anak..

Flight ke Hong Kong jam 7.10am
Kami decided naik bas je ke KLIA2 bersama upline aku Wani n her partner Ray pukul 3.30pagi. Tak tahu pulak aku ade bas ke KLIA dari Bukit Tinggi Klang..nasib Ray bagitahu sebab adiknya keja dengan Airasia..tambang hanya RM10 sahaja.


Dah siap-siap nak gerak..kasut n spek baru ye uolls..semangat nak g HK ni..
opsss..slingbag pun baru juga..of coz la from SOPHIE PARIS..termasuk juga shawl yang cantik dan selesa itu..(bukan promote tapi memang betul)


Selfie kul3.30pg dalam bas nak menuju ke KLIA2.


Perjalanan dari KL menuju ke HK memakan masa selama 3jam 55minit..dalam jam 11pg kami selamat mendarat di HKIA..

Bergambo di KLIA2 pada jam 5.00pagi




Bersama suami tersayang sebelum masuk flight. Masa ni terbayang Auni..berdoa agar Auni baik sahaja bersama Wan dan Maktok.

Alhamdulillah pencapaian dalam setahun bersama Sophie Paris..

Di HKIA..selepas ambil bagasi..waktu di Hong Kong adalah lebih kurang sama dengan Malaysia..so, tak perlu nak pusing2 jam..




Di HKIA.. Kena naik tren untuk ambil bagasi..tren sangat laju dan orang HK juga berjalan laju..naik escalator kena berada di sebelah kanan, kalau tak anda akan dilangar..hehehe

Disana kami disambut oleh Travel Agent yang telah diuruskan oleh Sophie Paris.
Dari HKIA kami terus dibawa ke Rosedale Kowloon Hotel yang bertaraf 4 bintang..tapi biliknya tidaklah sebesar mana memandangkan HK adalah negara yang kecik dan padat dengan penduduk tapi tetap selesa dan cantik..








Di hadapan hotel kami menginap selama 3H2M.

Lepas launch, rehat dan solat..petang tu kami di bawa ke The Peak and Madame Tussauds..

Akan diupdate later.. ☺️
Kasi cuci mata dulu picture kat HK..







Balai Polis Hong Kong..macam yang dalam cite Polis Hong Kong tu..kan fames masa dulu..


Ma's Restaurant..perut lapa sangat..nasibla dorg hidang nasi...tekak melayu la katakan..hehehe