MY FASHION MY BUSINESS

MY FASHION MY BUSINESS

PENYATUAN DUA HATI

Daisypath Friendship tickers

NUR AUNI ZAHRA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Followers

Thursday, November 29, 2012

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..

rasmi baju baru uols...;)
skgni kan i tengah gila peplum..



Sunday, November 25, 2012

HAPPY

Assalamualaikum...

tak sabar rasanya nak tunggu pagi esok sebab mak n adik2 aku nak datang sini..dorang naik bas malam ni n sampai awal pagi esok..bestnya..dapatla makan masakan mak minggu ni..

InsyaALLAH kalau ade rezeki, awal bulan depan nak balik Kelantan..ley bawak mak n adik2 jalan2 sana..cian mak, teringin nak g Pasar Siti Khadijah..Masa kenduri sebelah sana dulu mak xsempat g situ je..yang lain so far dah sampai..


Wednesday, November 21, 2012

I'M 26 NOW


Assalamualaikum...

Semalam 21 Nov 2012 genaplah usia aku 26tahun hidup di muka bumi Allah ini..aku bersyukur masih dikurniakan nafas untuk meneruskan hidup sebagai hambaNya..

Alhamdulillah banyak yang aku capai dalam usia 25 tahun meniti ke usia 26 tahun..
Antara yang aku dapat adalah:



 1.  Sebuah keluarga yang cukup bahagia bagi aku iaitu seorang suami yang bertanggungjawan dan seorang puteri yang begitu membuatkan hidup aku lebih bermakna.




 2.  Kereta yang lebih selesa dari sebelum ini iaitu dari Myvi kepada Vios.




 3.  Impian untuk memiliki rumah sudah termakbul (masih dalam pembinaan)



 
 
4.  Telefon baru iaitu Note (awal tahun ritu aku pakai Tab 7.0 buat telefon..hahaha)



TQ SAYANG


 Assalamualaikum...



Dapat hadiah besday from my hubby..

TQSM sayang


Tuesday, November 20, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE


Assalamualaikum...



Sebekas RM10
019-2131748
-dAYAh-

COD sekitar Telok Panglima Garang, Sijangkang, Shah Alam dan kawasan yang sama waktu denganya...;)

1ST WORDS

Assalamualaikum...

MASHIH yang bermaksud TERIMA KASIH..itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Auni yang aku dan suami faham..
Ya Allah, benda ni terjadi bila bagi sesuatu kat die n terus die cakap MASHIH..terkejut dengar dan bersyukur sangat2 sebab apa yang kami tunggu akhirnya sudah nampak..walaupun tidak berapa jelas dan tepat tapi ia sudah cukup untuk membuatkan kami gembira..

sekarang Auni tahu menyebut beberapa perkataan yang bertepatan dengan soalan yang diajukan untuknya.

Nama ape: Niii (AUNI)
Tadi makan ape: shikk (NASI)
Pastu minum ape: yeay... (AIR)

 hahaha...suka tanya die banyak2 kali sebab bila die dah boring die akan cakap kuat dengan nada yang macam marah..pastu dia akan diam sekejap dan mulala cakap bahasa yang die sorang je faham..
 



p/s: nikmatilah peningkatan tumbesaran anak dengan sebaiknya kerana tidak mungkin benda itu akan berulang lagi..


Monday, November 19, 2012

50 MENGGANTIKAN 32

Assalamualaikum...

amboi tajuk, macam bertukar-tukar umur la plak kan..hehehe
actually, itu saiz tv kat uma aku..tv yang pakai sekarang kat ruang tamu adalah bersaiz 32"..tapi ntah sebab ape (mungkin Auni ketuk) tv tu ade line hitam kat screen..mungkin colour die dah pecah kot..so far boleh tengok lagi cuma memang nampakla line panjang, menegak kat sebelah kiri screen..

ini yang 32"


so, husband cakap nak beli baru..in case kalau tv tu dah teruk, dah ade backup tv lain..;)  aku xkisah sangat, dah die nak beli, aku ikut je la..

memula tu, husband nak beli yang 43" inci je tapi aku cakap dah alang-alang nak beli, biar besar terus..at least nanti tak ralat sangat sbb 43 n 32 beza xbanyak sangat.

lagipun, sekarang kan YES.. kat Jusco pun ade sale..murah dari harga biasa n siap ada 10% diskaun lagi..pujuk punya pujuk, lastly husband cakap OK..;)


ini die yang baru untuk menggantikan yang lama di ruang tamu
PANASONIC 50" PLASMA TV...
yang 32" kita letak dalam master bedroom ok..;)


p/s: alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan sehingga ke hari ini
 


Wednesday, November 14, 2012

UBAT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak Auni warded yg pertama, Auni dah senang nak makan ubat..xkisahla banyak mane pun ubat yang kita bagi..die bukak je mulut telan ubat tu..

mungkin dah ari2 kena makan ubat, die pun dah jadi biasa..
apapun syukur ade hikmahnya Auni warded.


tengokla tu, siap nak makan ubat sendiri

Tuesday, November 13, 2012

DOMINOS PIZZA


Assalamualaikum...


Malam semalam, xtahu nak makan ape so ktorg orderla dominos pizza..1st time nak try order for delivery..biasala dh dok hospital boring jugak n xtahu nak makan ape kan.



nyum nyum..sedap jugak dominos ni..;)

Monday, November 12, 2012

WARDED KALI KEDUA


Assalamualaikum..

semalam, 12/11/12 Auni demam panas lagi..malam 11hb tu suhu die mencecah 39©..gelabah jgkla aku sbb kaki n tgn die da biru sebab sejuk..dahla ayah die keja malam makanya aku terpaksa la call mintak husband balik..

masa mula badan die nak panas tu, aku kat dapo tengah memproses durian crepela untuk tempahan esok..pastu dengar die merengek2 xboleh nak tido nyenyak..tgk2 bdn die da start nak panas..

husband sampai uma, ktorg bg die makan ubat n lap2 badan die dengan tuala basah..pastu jerlum kepala die dengan air asam jawa..alhamdulillah suhu die da turun..nampak Auni pun dah ok cket..ciap bangun ajak g maen kt play yard die lagi..maen papan gelongsor, buaian n kuda die..lega rasa hati ni tengok die da mula nak maen..

malam tu ktorg tdo lewat jgkla sebab Auni da tdo awal tu, so memang lambatla die tdo balik..aku plak menyambung wat durian crepe yang tergendala tadi..

masa tdo semua ok, Auni pun takde nak merengek. tapi awal subuh badan Auni da panas balik..pas subuh terus ktorg gerak g hospital..aku terpaksa EL..

sampai DEMC nurse bagi ubat bontot kat Auni..pastu kena warded sebab panas sangat n senang doktor nak pantau keadaan Auni..







p/s: semoga anak ibu cep t sembuh..tiada apa yang membahagiakan ibu n ayah skgni melainkan melihat Auni sihat.


RESEPI DURIAN CREPE


Assalamualaikum...



sekarang ni sana-sini orang dok cerita pasai durian crepe..aku pun tidak terkecuali.di samping tu, ambil peluang tambah rezeki juga.

ok lah, kat sini aku kongsi resepi durian crepe yang aku dah try..kalau korg nk cuba, amekla resepi ni k.




Bahan-Bahan yang diperlukan:
50gm tepung gandum
1sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telur
1penutup esen vanilla
pewarna kuning
3sudu teh butter(dicairkan)
160ml air
40ml susu cair
2sudu besar gula halus

Cara-cara
Mula2 ayak tepung gandum dan tepung ubi.
kemudian, masukkan gula halus.
tuang susu cair.kemudian kacau sebati dengan menggunakan whisker.
masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu dengan garfu (kacau gitu-gitu je..jangan sampai kembang..kalau xtahu korg tnyla apek..hehehe)
masukkan esen vanilla..kacau lagi
kemudian masukkan air..kacau sebati
masukkan butter yang telah dicairkan tadi..kacau lagi..(eh, berape byk kacau da)
last skali baru masukkan pewarna kuning.ikut korgla nk terang mane k.
tapis ke dalam bekas lain..ini untuk mengelakkan kalau ade ketulan yang tak halus masa kita kacau tu..kalau rasa ok,tak payah tapis pun tak pe.

Cara masak kulit durian crepe
korang lenyek je atas kuali.
tahu tak nak lenyek?
ala macam buat lempeng tu.orang utara panggil 'peknga' singkatan bagi tempek kat belanga.
dah nampak macam bertukar warna kulit tu, maksudnya masaklah tu..
tak perlu balikkan ye.
ok, dah siap.

untuk isinya pula,
sediakan 1cawan non dairy whipping cream yang dipukul hingga kental...
isi durian secukupnya.kalau xcukup letak kulit durian tu sekali.itupun kalau rasa boley telan duri die la...hehehe

cara nak buat:
bentangkan tikar, eh salah..bentangkan kulit tadila.
letak cream, isi durian ditengah dan tutup balik dengan cream.
pastu lipat macam lipat kain batik tu.
atas, bawah, kiri n kanan..eh, kain batik lipat macam ni ke.ah, lantaklah..

tadaaa, kan dah ciap..senang tak?

SELAMAT MENCUBA..



 ini yang dibuka untuk tempahan ;)


PLAY YARD UNTUK AUNI ZAHRA

Assalamualaikum...

Dah lama dok cari kuda mainan untuk auni..merata g tapi xjumpa..sebabnya auni memamg suka dengan kuda tu..kat taska die ade..so, before balik mesti die nak main dulu kuda kat situ n papan gelongsor..

semalam ktorg g Banting cari barang nak wat durian crepe, aku ternampakla kedai jual toys..so apa lagi, mintak husband u-turn balik..

masuk je kedai, aku da jadi rambang mata..macam2 toys ade..niatnya nak carikan kuda je tapi bila dah macam2 depan masani mulala tergugat iman..kalau ikutkan hati memang macam2 la yang nak beli..tapi apa pun belanja ikut kemampuan ok..

pas belek2 toys kat situ, aku dan suami setuju nak beli kuda, tikar evamatic n set papan gelongsor, buaian dan basketball..

Balik rumah, terus operasi berjalan..
















suka betul die dapat main






Wednesday, November 7, 2012

MUARA IKAN BAKAR TANJUNG HARAPAN


Assalamualaikum....


last weekend, ktorg g Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan Port Klang..
ini salah satu tempat yang wajib bagi kitaorg sebulan skali..aku paling suka sotong goreng tepung die...memang marvelous ok..

 makan timun


khusyuk betul die makan


sorila ye coz xmakanannye xde yang aku snap sebab lapo sangat..
mohon diampun ye kawan2..
layankan ajela pic Auni yang makan timun tu..hehehe



Tuesday, November 6, 2012

FAREEDA PRELOVED

 
Assalamualaikum...

Soffiya Brooch Sampan
RM160 free postage

SOLD OUT


SELENDANG PULAK..

Assalamualaikum...

hari ni kita cerita pasal selendang plak ye..
dah lama aku nak try pakai balik selendang ni tp disebabkan kemalasan tiada masa untuk melilit selendang maka sebab itulah aku memilih untuk menyarungkan tudung yang berjenis sarung dan berawning..

Tadi rehat, aku ke kedai kek yang sama macam semalam lagi untuk membeli sedikit perkakasan yang tertinggal..lepas dah dapat barang yang aku nak, aku terus ke Butik RADIUSITE untuk meninjau perkembangan tudung disana..(amboi, dah macam kontraktor la plak nak g meninjau tapak projek..kelas kau dayah..macam ada proje berjota-jota..hihihi)

aku xde pun rasa nak beli tudung sebenarnya..tapi dah sebab aku try tudung n selendang kat situ..rasa selesa n senang je nak pakai makanya xberfikir panjang aku terus beli..leyla sekali-sekala nak tukar imej kn..hehehe(ala-ala artis gitu ha nak berimej bagai)

memula aku try syiria ni

 Syria Adni

sangat-sangat selesa okeh..kainnya sangatla lembut n xpanas kalau pakai..pastu jenis yang mcm bergetah tu..so kalau pakai memang terletak elokla kat dahi tu..

tapi aku xbeli yang tu sebab xde colour yang menarik hatiku..

seterusnya, cubaan yang kedua ialah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



tadaaaaaaaaaa

Tudung Ekspress Denim Berawning Lembut..

yang ni berawning tapi jenis yang lembut dan mudah untuk dibentuk..juga sangat selesa..
tapi, oh no..not my choice jgk..


cubaan yang ketiga pulak adalah selendang.

 SHAWL LAIQA

 



 




 cantik colour ni kan


















 suka colour electric blue ni tapi bukan rezeki aku
SOLD OUT..huhuhu











nak colour ni tapi tinggal satu je..ade kakak sorang tu dah amek..
aku siap tanya n konfemkan lagi kat akak tu die nak ke x..
yela, kalau xnak, aku nak..hehehe



lastly, i choose this colour..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 




 
 cantik x?.

cantik kan..kalau korang kata xcantik, baik korang g wat test untuk rabun warna..yela takut korang rabun warna plak..yang cantik korang kata xcantik..hehehe

ah, xkirala orang nak kata xcantik pun..coz bagi aku cantik..
(jangan marah ye..)